Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

Idioma: Melayu

Información de Versión

Projek penterjemahan Alkitab ke dalam Bahasa Malaysia (BM) dimulai pada tahun 1974. Cara penterjemahan yang diikuti adalah cara baru yang disebut kaedah penterjemahan dinamis. Tujuan penterjemahan ini terutamany untuk menyampaikan isi berita Alkitab dalam Bahasa Malaysia yang sederhana dan mudah difahami, khasnya dengan memperhatikan bahasa yang digunakan di luar lingkungan gereja.

Perjanjian Baru BM diterbitkan pada tahun 1976; Perjanjian Lama BM diselesaikan pada tahun 1981. Alkitab BM lengkap diterbitkan pada tahun 1987, oleh The Bible Society of Singapore, Malaysia and Brunei. Kemudian Alkitab BM itu disemak dan diperbaiki mulai tahun 1990. Perjanjian Baru dan Mazmur semakan yang lengkap diterbitkan pada tahun 1996 oleh The Bible Society of Malaysia.

Teks dasar yang digunakan untuk Perjanjian Lama adalah teks Masoretis seperti yang terdapat dalam Biblia Hebraica Stuttgartensis, edisi terbaru. Namun, jika terdapat kesulitan untuk menterjemahkan bahagian-bahagian tertentu, komiti penterjemahan menterjemahkannya dari teks yang disokong oleh terjemahan-terjemahan kuno dan tradisi Ibrani yang lain. Teks dasar yang digunakan untuk Perjanjian Baru adalah The Greek New Testament yang diterbitkan oleh The United Bible Societies. Dalam hal-hal tertentu, terjemahan ini didasarkan juga atas teks lain yang disokong oleh beberapa teks dalam bahasa Yunani. Dasar penga;ihan ke dalam Bahasa Malaysia digunakan Today's English Version dan Bahasa Indonesia Sehari-hari.

Kaedah dinamis yang digunakan dalam penterjemahan Alkitab ini memegang teguh prinsip-prinsip dasar yang antara lain:
- Terjemahan harus menutamakan makna daripada bentuk teks
- Istilah-istilah teologi diterjemahkan menurut maknanya
- Istilah-istilah dan ungkapan-ungkapan yang tidak lazim (teknikal) harus dihindari, dan harus dipilih istilah-istilah dand kata-kata yang dikenal umum. Sehubungan dengan prinsip-prinsip di atas, jelas bahawa perbendaharaan kata yang digunakan dalam terjemahan ini banyak bezanya dengan yang digunakan dalam terjemahan-terjemahan Bahasa Indonesia dan Bahasa Malaysia yang terdahulu. Apabila ada tempat atau orang yang memahaminya dengan lebih mudah, berbagai-bagai bahan pelengkap ditambahkan pada bahagian belakang terjemahan ini. Bahan-bahan pelengkap tersebut adalah peta-peta, kamis, rajah sejarah, dan konkordansi singkat.

Dalam Alkita Berita Baik BM yang telah diterbitkan sebelumnya, gambar-gambar yang digunakan adalah karya Annie Valotton, pelukis Swiss. Dalam Alkitab ini, gambar-gambar yang digunakan adalah karya Horace Knowles. Perubahan ini dilakukan kerana lukisan Horace Knowles memberi gambaran yang lebih jelas, dan juga kerana tanggapan-tanggapan daripada para pembaca.

Tidak dapat diungkapkan satu persatu kesukaran yang dihadapi dalam mewujudkan Alkitab BM ini, mulai dari penterjemahan, penaipan, penyuntingan, pencetakan, dan seterusnya. Daya dan biaya yang sudah digunakan dalam projek ini amat besar. Tetapi itu semua dapat dilaksanakan kerana Tuhan yang berfirman dalam Alkitab, tetapi hadir di tengah-tengah orang yang bekerja untuk-Nya. Usaha terjemahan ini merupakan hasil kerjasama antara The United Bible Societies dan The Bible Society of Malaysia.

Akhirnya Alkitab dalam Bahasa Malaysia ini dipersembahkan demi kemuliaan Kristus, Tuhan kita, dan semoga dengan berkat Nya para pembaca akan lebih dikuatkan iman melalui pembacaan alkitab ini.

Información de Derechos de Autor

Hakcipta © 1996, The Bible Society of Malaysia

Copyright © 1996, The Bible Society of Malaysia